Thursday 27 December 2012

Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah


Hutan Lipur Lata Bayu


Seperti biasa, saya nak update lokasi-lokasi air terjun yang menarik. Gambar di atas merupakan satu lagi tempat yang sesuai untuk kita berjimba jimbo hahaha..ye la sesape yang boring dok umah pi la jalan2, salah satu tempat yang agak best adalah Hutan Lipur Lata Bayu. Lokasi tempat rekreasi ini terletak di Baling, Kedah. Ianya 30 km dari Pekan Baling dan 90 km dari Bandar Alor Setar. Haaaa....dah xjauh la 2...jom pakat2 pi sana...isi masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti di sana. Untuk sampai ke hutan lipur ini para pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Baling. Senang la untuk sesape yang xde kenderaan sendiri haha.. 


tengok la air yang mengalir 2..bestnya...jom2...

Hutan lipur ini terletak di dalam Hutan Simpan Rimba Teloi. Amboi pelik benor nama dia haha.. selain itu ia  juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Apa yang uniknya hutan lipur ini adalah terdapatnya  air terjun yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung.  wahhh...lubuk lesung??? adakah mcm bentuk lesung batu???cam ne rupa dia ek...ha kalau nak tau sila lah berkunjung ke sana ye... Pemandangan hutan lipur ini adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut.

 Kesejukan air di Lata Bayu memang diinginkan 

dekat situ pon sama mcm tempat rekreasi yang lain..ada kemudahan-kemudahan asas yang disediakan untuk para pengunjung melakukan aktiviti disini antaranya  adalah seperti mandi-mandi, berkelah, berkhemah dan “jungle trekking”. Di samping itu beberapa gerai makanan dan cenderamata juga  disediakan di hutan lipur ini. Disini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di hutan lipur ini.

Santai je berendam..

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Terap keledang dan Bintangor.

Kedai untuk pengunjung membeli barang juga disediakan..

Berkunjunglah ke Hutan Lipur Lata Bayu, pasti korang akan tidak berasa bosan menjalankan aktiviti di situ..

1 comment:

  1. Kat air terjun ni penah ada kes kencing tikus x? Teringin nyaaa nak p 😂😂

    ReplyDelete